INTERNATIONAL SEMINAR ON SHARIA ECONOMICS (ISSE)

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Jakarta, Khamis 12 Februari 2026—

Dr Muhammad Zaki bin Haji Zaini, Dekan Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm), UNISSA, telah dijemput sebagai Panel Speaker dalam International Seminar on Sharia Economics (ISSE) anjuran Universitas Terbuka dengan kerjasama Agung Sedayu Group.

Seminar yang bertemakan “Harmonization of Sharia Economic Principles and Sustainable Development Goals (SDGs): An Integrative Strategy for Inclusive Sustainable Development” telah diadakan pada Khamis, 12 Februari 2026, dari 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari (GMT+7) bertempat di Menara Syariah, PIK 2, Jakarta Utara, Indonesia.

Dalam sesi tersebut, beliau telah membentangkan kertas kerja bertajuk “Educating for The Future Economy: Human Capital, Technology and Ethical Leadership”, yang menekankan kepentingan pembangunan modal insan, pemerkasaan teknologi serta kepimpinan beretika dalam menghadapi cabaran ekonomi masa hadapan yang semakin kompleks dan dinamik.

Penyertaan Dr Muhammad Zaki sebagai panel speaker mencerminkan komitmen UNISSA dalam memperkasa bidang ekonomi Islam di peringkat antarabangsa serta menyumbang kepakaran akademik ke arah pembangunan mampan. Penglibatan ini juga mengukuhkan jaringan kerjasama akademik antara Brunei Darussalam dan Indonesia.