Khamis – 12 Mac 2026 Pihak Maktabah UNISSA bersama Nadi Maktabah UNISSA telah mengagihkan infaq berupa barang-barang keperluan asasi kepada tiga buah keluarga muallaf. Program ini diadakan bagi memberi peluang kepada para pelajar dan kakitangan untuk beramal dengan menghulurkan bantuan sempena bulan suci Ramadhan. Di samping itu, inisiatif seumpama ini juga bertujuan untuk memupuk kesedaran tentang kepentingan amalan ta’awun (tolong-menolong) dalam kalangan umat Islam tanpa mengira latar belakang atau status sosial. Sasaran program infaq pada kali ini adalah golongan muallaf sebagai usaha untuk memberikan sokongan moral serta mengukuhkan ukhuwah dan persaudaraan sesama Islam. Diharapkan agar bantuan kebajikan seperti ini dapat sedikit sebanyak membantu dari segi ekonomi.