ICON IMAD XIV 2025 Tekankan Peranan Agama Islam dalam Pembentukan Tamadun Melayu

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Selasa, 7 Oktober 2025 – Sempena Persidangan Antarabangsa Islam Di Alam Melayu Kali Ke-14 (ICON IMAD XIV 2025), sesi pembentangan kertas kerja ucapatama telah berlangsung di Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.

Sesi pembentangan ucaptama ini menjadi wadah medan perbincangan terbuka bagi para ilmuan dalam membincangkan peranan utama Agama Islam dalam pembangunan dan kemajuan yang dicapai oleh bangsa Melaya selama ini. Sejarah merekodkan ketamadunan bangsa Melayu yang dibangunkan itu bertitik tolak dari ajaran Islam yang menjadi tunggak dan panduan.

Justeru, perkembangan ini menjadikan Asia Tenggara terkenal sebagai antara pusat pengembangan Islam yang progresif yang telah melahirkan ramai ulama dan tokoh Islam yang terkenal.