
Pelaburan Patuh Syara’ jadi Tumpuan di Singapura
UNISSA, FEKIm, menghadiri Singapura-Rizq Investment Festival kali ke 4 telah diadakan pada 10 dan 11

UNISSA, FEKIm, menghadiri Singapura-Rizq Investment Festival kali ke 4 telah diadakan pada 10 dan 11

Selasa, 14 Julai 2026 – Fakulti Usuluddin, Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah
Rabu, 8 Julai 2026-Dua orang pelajar Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm), Universiti Islam Sultan
Rabu, 3 Jun 2026 – Persidangan Media Islam Serantau 2026 (RIMeC’26) diteruskan dengan penganjuran forum bertemakan “Media Digitalization: Challenges and Opportunities for Islamic Media” yang berlangsung di Dewan Auditorium, Balai Khazanah Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah.
Forum tersebut diserikan dengan kehadiran Tetamu Kehormat Majlis, Yang Mulia Dato Seri Setia Dr Haji Norarfan bin Haji Zainal, Rektor UNISSA.

Turut hadir ialah Yang Berbahagia Profesor Madya Dato’ Dr Mohamed Azam bin Mohamed Adil, Ketua Pengarah, Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM), Yang Mulia Awang Haji Ahmad Abdussalam bin Haji Abdul Rahman, Pemangku Pengarah Pusat Da’wah Islamiah dan Yang Mulia Hajah Safrina binti Pehin Dato Haji Abdul Rahman, Naib Presiden Hal Ehwal Korporat, Datastream Digital Sdn Bhd (DST).

Forum ini merupakan antara pengisian utama RIMeC’26 yang bertujuan membincangkan perkembangan digitalisasi media serta cabaran dan peluang yang dihadapi oleh media Islam dalam mendepani era transformasi teknologi, kecerdasan buatan dan perubahan corak komunikasi masyarakat global.

Forum berkenaan menampilkan barisan ahli panel berpengalaman, terdiri daripada YBrs. Haji Ahmad Fuad bin Mat Ali, Pengarah Pusat Media IKIM; Yang Mulia Profesor Madya Dr Dayang Hajah Tiawa binti Awang Haji Hamid, Timbalan Dekan Fakulti Teknologi Islam, UNISSA; Yang Mulia Dr Haji Mohd. Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd. Yunus, Pensyarah Adjung, Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam, UNISSA; dan Yang Mulia Norhafizah binti Razaq, Penerbit TV dan Pengarah Kreatif IKIM.

Manakala, moderator forum ialah YBrs. Dr. Nik Roskiman bin Abdul Samad, Pengarah Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik (SYARAK), Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM).
Menerusi forum ini, perbincangan turut menyentuh kepentingan media Islam dalam menyampaikan maklumat yang sahih, beretika dan berwibawa di tengah-tengah kepesatan arus media digital masa kini. Selain itu, forum ini juga berkongsi pandangan dan pengalaman berkaitan peranan media Islam dalam menghadapi cabaran semasa seperti penyebaran maklumat tidak sahih, perubahan algoritma media sosial, penggunaan teknologi baharu, literasi digital masyarakat serta keperluan menghasilkan kandungan da’wah yang lebih kreatif, inklusif dan berimpak tinggi.
Forum ini diharap dapat menjadi platform ilmiah dan profesional bagi membincangkan pendekatan media Islam yang lebih progresif, kompetitif dan responsif terhadap perkembangan landskap media global masa kini. Penganjurannya turut membuka ruang perkongsian idea, pengalaman dan amalan terbaik dalam memperkukuh peranan media Islam sebagai medium da’wah, pendidikan serta pembentukan pemikiran masyarakat yang seimbang, berinformasi dan berteraskan nilai-nilai Islam.
Secara keseluruhannya, forum ini mencerminkan komitmen RIMeC’26 dalam memperkasa wacana media Islam serantau serta menyokong pembangunan ekosistem media yang lebih profesional, beretika, inovatif dan relevan dengan keperluan masyarakat kontemporari.