FOCUS GROUP DISCUSSION (FGD) BAGI CADANGAN PROGRAM AKADEMIK BAHARU FPPI

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

26 Ogos 2026 – Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah mengadakan Focus Group Discussion (FGD) bagi menyokong usaha pembangunan sebuah program akademik baharu di FPPI. FGD berkenaan telah berlangsung di Kampus Gadong, UNISSA.

Program tersebut diadakan sebagai salah satu platform untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas daripada pelbagai pihak berkepentingan berhubung keperluan semasa masyarakat dan pasaran pekerjaan. Sesi berkenaan turut memberi ruang kepada para peserta untuk berkongsi pengalaman, pandangan serta cadangan yang dapat menyumbang kepada pembangunan program akademik yang relevan dengan keperluan semasa.

Perbincangan melibatkan wakil daripada pelbagai sektor dan latar belakang, termasuk agensi kerajaan, badan bukan kerajaan (NGO), institusi berkaitan serta sektor industri dan korporat. Kepelbagaian latar belakang peserta membolehkan pandangan daripada pelbagai perspektif diketengahkan sepanjang sesi perbincangan.

Antara aspek yang diberikan perhatian ialah keperluan pasaran pekerjaan, pembangunan kompetensi graduan, kesesuaian kandungan pembelajaran serta peluang kerjasama antara institusi pengajian tinggi dan pihak berkepentingan. Maklum balas yang diperoleh akan dijadikan sebagai salah satu input dalam proses penelitian dan penambahbaikan cadangan program berkenaan.

Penganjuran FGD ini mencerminkan komitmen FPPI dalam memastikan pembangunan program akademik dilaksanakan secara terancang serta mengambil kira pandangan pihak berkepentingan. Usaha ini juga selaras dengan komitmen UNISSA dalam menawarkan program pengajian yang relevan, berkualiti dan responsif terhadap perkembangan serta keperluan semasa masyarakat dan negara.