Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, UNISSA sertai Blueprint Endowmen 5.0 bagi memperkukuh kelestarian kewangan UNISSA

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Kuala Lumpur, 30 Julai 2026 – Program Pembangunan Kapasiti Blueprint Endowmen 5.0: Strategi Menjana Dana Endowmen Institusi Pendidikan Tinggi (IPT) berlangsung pada 29 hingga 30 Julai 2026 di Tamu Hotel & Suites, Kuala Lumpur. Program intensif selama dua hari ini mengumpulkan pelbagai modul terkini tentang endowmen. Antara modul-modul yang disediakan termasuk pembangunan Blueprint Endowmen 5.0, menguasai tadbir urus: blueprint pengurusan endowmen terancang institusi pendidikan tinggi (IPT), Strategi pelaburan dan penggandaan aset endowmen terancang (pengalaman MPHS), Pengurusan percukaian LHDN bagi dana endowmen IPT, Kepimpinan dan pengurusan bakat dalam mengurus endowmen IPT, Spiritual divine fundraising: konsep asas dan strategi merealisasikan potensi dana endowmen IPT, The million dollar pitch: strategi memikat dan memahami psikologi penyumbang endowmen sebenar, serta sesi perkongsian pengalaman daripada IPT di Malaysia yang berjaya mengurus dana endowmen secara profesional.

Hadir menyertai program pembangunan berkenaan adalah YM Dr Hajah Nurul Nabilah binti Haji Ali, Penolong Pensyarah, dan YM Dr Hajah Nor Suriana Bte Haji Abd Talip, Pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam, Universiti Islam Sultan Sharif Ali.

Penyertaan ini memberi peluang kepada UNISSA untuk meneliti pelbagai amalan terbaik yang boleh disesuaikan dengan konteks Negara Brunei Darussalam, khususnya dalam memperkukuh usaha UNISSA membangunkan ekosistem endowmen yang telus, mampan, serta berimpak tinggi. Di samping itu, penyertaan ini mencerminkan komitmen UNISSA dalam mempelbagaikan sumber pendapatan universiti melalui pembangunan dana endowmen sebagai sebahagian daripada usaha menyokong kecemerlangan pengajian tinggi serta menyumbang kepada pembangunan ummah dan negara untuk masa hadapan. Inisiatif ini juga selaras dengan Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDGs), khususnya SDG 4: Pendidikan Berkualiti, SDG 8: Pekerjaan Layak dan Pertumbuhan Ekonomi, serta SDG 17: Perkongsian untuk Matlamat. Melalui pembangunan dana endowmen, UNISSA berusaha memperkukuh kelestarian kewangan institusi, memperluas jaringan kerjasama strategik bersama sektor korporat, alumni, agensi kerajaan dan masyarakat, serta memastikan kesinambungan pembiayaan pendidikan tinggi yang berkualiti pada masa hadapan.