Buku ini disusun berdasarkan kumpulan mutiara kata yang berguna yang dikumpul oleh penyusun dari berbagai-bagai sumber yang menjadikan buku ini sebagai pendorong dalam kehidupan yang penuh dengan keinginan untuk mencapai cita-cita hidup. Haruslah diingat bahawa untuk mencapai cita-cita tidaklah mudah. Kita terpaksa menempuh segala cabaran, penderitaan, kegagalan dan sebagainya.