Analisis perangkaan pertanian Brunei 1995 /
by Jabatan Pertanian Kementerian Perindustrian dan Sumber-Sumber Utama Negara Brunei Darussalam
- 68 pages 24 cm
Includes tables
Pepatah melayu mengatakan "bulat buluh kerana pembetong, bulatnya kata kerana muafakat". Bila diamat-amati akan maksud pepatah ini, ianya memang tepat dan sesuai dibuat panduan dalam alam statistik. Pengumpulan data-data (data collection) pertanian tidak semudah apa yang dijangkakan. Proses pengumpulan data memerlukan kegigihan dan ketabahan. Ini ternyata bilamana terdapat sebilangan daripada data-data yang tidak seimbang, para pengumpul data kadangkala merasa kecewa. Walaubagaimana pun, berdasarkan kata sepakat dan budaya kerjasama yang padat dari ahli- ahli yang terlibat, maka segala aktiviti-aktiviti yang sukar dapat dilaksanakan dengan baik dan teratur.
Data import dibidang buah-buahan, sayur-sayuran dan ternakan pada tahun 1995 semakin berkurangan jika dibandingkan dengan tahun 1994. Pengurangan import adalah disebabkan pengeluaran buah-buahan meningkat dari 7% pada tahun 1994 kepada 10% pada tahun 1995 dan keperluan sayur-sayuran sejumlah 9721mt setahun pada tahun 1995 adalah meningkat kepada 61% dibandingkan dengan 54% pada tahun 1994. Peningkatan ini adalah satu petanda bahawa Negara Brunei Darussalam dijangkakan bolih mencapai hasil pengeluaran sayur kepada 75% pada tahun 2000 seperti yang dihasratkan. Pengeluaran telur-telur ayam pula adalah mencukupi (100%) untuk keperluan tempatan. Olih itu Negara Brunei Darussalam berhasrat akan dapat memasarkan telur ayam tempatan keluar negeri sebagai salah satu langkah untuk meningkatkan ekonomi negara. Dalam sektor ayam pedaging, setakat ini Negara Brunei Darussalam berjaya meningkatkan pengeluarannya dari 28% pada tahun 1994 kepada 36% pada tahun 1995.
Alhamdullilah, kemajuan dan perkembangan dalam sektor pertanian begitu ketara dengan peningkatan pengeluaran dari setahun kesetahun. Dengan tertubuhnya kawasan Pertubuhan Asia Timor yang terdiri dari Negara Brunei Darussalam, Indonesia, Malaysia dan Filipina (BIMP-EAGA) penglibatan pihak swasta sangat-sangat menggalakkan. Insha Allah berkat ketekunan dan sumbangan padu dari pihak-pihak yang berkenaan, kita dapat sama-sama menikmati hasil yang membanggakan. Adalah diharapkan penerbitan buku analisis perangkaan ini akan dapat dijadikan bahan rujukan dan maklumat penting dalam menggalakkan pertumbuhan industri pertanian di Negara Brunei Darussalam.