TY - GEN AU - Ahmad Sanusi Azmi TI - 40 Hadis Tetang Kemuliaan Wanita SN - 9789671902288 AV - BP134.M3 PY - 2023/// PB - Ulum Hadis Research Centre KW - Women in Islam KW - Women in the hadith N2 - 1. Secara tradisinya, masyarakat jahiliah meletakkan perempuan pada kedudukan yang rendah sebelum kedatangan Islam. Ada dalam kalangan mereka yang membunuh anak-anak perempuan kerana malu, ada yang memperdagangkan wanita malah ada yang menidakkan hak mereka. 2. Komuniti jahiliah menyelubungi wanita dengan kegelapan. Mereka tidak memberikan hak yang sewajarnya kepada wanita sehingga Islam datang mengubah corak pemikiran mereka. Perkara ini diakui sendiri oleh Saidina Umar yang menyatakan: وَاللَّهِ إِنْ كُنَّا فِي الجَاهِلِيَّةِ مَا نَعُدُّ لِلنِّسَاءِ أَمْرًا، حَتَّى أَنْزَلَ اللَّهُ فِيهِنَّ مَا أَنْزَلَ، وَقَسَمَ لَهُنَّ مَا قَسَمَ “Demi Allah, sesungguhnya ketika zaman jahiliah dahulu kami tidak memberikan sebarang tanggungjawab sesuatu urusan kepada kaum wanita. Sehingga Allah menurunkan wahyu berkenaan hak wanita, dan Allah memberikan pada wanita bahagian-bahagian mereka.” (Sahih al-Bukhari, no: 4913) 3. Rasulullah datang dengan pelbagai transformasi. Banyak perubahan yang telah dilaksanakan oleh Rasulullah dalam mengangkat dan memartabatkan kedudukan wanita. Andai Qurasyh menganggap anak perempuan mendatangkan kesusahan, Rasulullah menjanjikan bahawa menjaga anak perempuan itu akan dikurniakan ganjaran syurga UR - https://www.google.com/url?sa=t&source=web&rct=j&opi=89978449&url=https://e-imtiyaz.usim.edu.my/bitstreams/cab0e3d1-a9bf-4919-8f5b-dd23fb3d36d3/download&ved=2ahUKEwjOh4eav9WGAxUKzTQHHa4rDlgQFnoECCcQAQ&usg=AOvVaw1NI-AQVSGeKl_QIOIZUeHH ER -