Anggaran kos pengeluaran dan pendapatan bagi tanaman industri / by Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Pengurusan Teknologi, Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia
Kuala Lumpur : Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) 2006Description: vii, 124 pages ; Colour illustrations ; 30 cmContent type:- text
- unmediated
- volume
- 9679365034 (paperback)
- S567.M4 A54
Item type | Current library | Shelving location | Call number | Copy number | Status | Notes | Date due | Barcode | |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
Agriculture & other subjects (Sinaut Campus) | Universiti Islam Sultan Sharif Ali | Sinaut Campus | SINAUT S567.M4 A54 2006 c.1 (Browse shelf(Opens below)) | 1 | Available | Waqaf daripada Kampus Pertanian Sinaut | 2010006327 |
Browsing Universiti Islam Sultan Sharif Ali shelves, Shelving location: Sinaut Campus Close shelf browser (Hides shelf browser)
No cover image available | No cover image available | |||||||
SINAUT BP50 R34 1971 c.1 Sejarah Islam dan dunia sa-belum 1497 / | SINAUT HF5415.126 J64 c.1 Panduan pemula dalam pemasaran rangkaian : perniagaan bermodal rendah, dari rumah,... | SINAUT HF5718.2.U6 T45 1997 c.1 Excellence : in business communication / | SINAUT S567.M4 A54 2006 c.1 Anggaran kos pengeluaran dan pendapatan bagi tanaman industri / | SINAUT S654.5 B56 2021 c.1 Biofertilizers and Biopesticides in Sustainable Agriculture | SINAUT SB191.R5 P76 1978 c.3 Proceedings of the Workshop on the Genetic Conservation of Rice | SINAUT SB284 .C676 2021 c.1 Cover crops and sustainable agriculture / |
Includes tables
Includes bibliographical references
Tanaman industri dikenal pasti sebagai salah satu subsektor yang mempunyai potensi yang besar untuk terus dibangunkan. Untuk tujuan ini Dasar Pertanian Negara (1998-2010) telah mengenal pasti beberapa jenis tanaman industri yang akan diberi penekanan dan sokongan. Di samping itu, kerajaan dan agensi-agensi berkaitan akan terus memastikan matlamat pembangunan sektor tersebut akan tercapai melalui program pembangunan keluasan serta khidmat sokongan yang disediakan. Penerbitan buku panduan ini merupakan satu usaha MARDI untuk mengumpulkan keseluruhan maklumat asas dalam pengeluaran tanaman industri di bawah kelolaan MARDI di dalam satu buku. Maklumat ini boleh digunakan sebagai panduan awalan bagi meningkatkan kefahaman dalam pengeluaran tanaman industri. Justeru itu pelabur dan pengusaha yang berminat untuk menceburi bidang ini secara komersial perlulah merujuk secara lebih mendalam kepada pihak-pihak yang boleh memberikan khidmat nasihat dan bimbingan yang lebih terperinci sebelum memulakan pelaburan kerana kesesuaian sesuatu teknologi akan berubah mengikut tempat dan persekitaran.
Kandungan buku panduan ini terbahagi kepada beberapa bab. Antara isi kandungan utama ialah penggunaan varieti yang tepat, kesesuaian tanah dan iklim, amalan kultur, pengawalan perosak dan penyakit, pengendalian lepas tuai, harga purata tahunan di peringkat ladang, borong dan runcit bagi lima tahun kebelakangan dan anggaran kos pengeluaran serta pendapatan bagi keluasan satu hektar bagi setiap jenis tanaman terpilih Maklumat akan dikemas kini dari semasa ke semasa bersesuaian dengan perkembangan industri yang dijangka berubah mengikut kemajuan penyelidikan dan pembangunan serta turun naik harga input, tenaga kerja dan komoditi akan mempengaruhi maklumat yang sedia ada. Banyak pihak telah terlibat dalam usaha menerbitkan buku ini. Ucapan berbanyak-banyak terima kasih ditujukan kepada Pengarah Pusat Penyelidikan Ekonomi dan Pengurusan Teknologi, Y.M. Tengku Mohd. Ariff bin Tengku Ahmad yang telah memberi galakan dan sokongan. Ucapan terima kasih juga kepada pegawai- pegawai penyelidik Pusat Penyelidikan Padi dan Tanaman Industri yang telah membantu dalam menentukan kesahihan dan memperakukan maklumat tentang teknologi terkini yang dimuatkan dalam buku ini. Seterusnya ucapan terima kasih juga kepada Pusat Perkhidmatan Teknikal yang terlibat dalam merealisasikan penerbitan ini. Jawatankuasa pengarang telah berusaha bagi memastikan maklumat yang dikumpul tepat dan terkini. Walau bagaimanapun diakui juga mungkin masih terdapat beberapa kelemahan dalam penyediaan buku ini, walaupun banyak usaha telah dibuat bagi memperbaikinya.
There are no comments on this title.