Kamus Tutong-Melayu, Melayu - Tutong
BAHASA TUTONG merupakan salah satu bahasa Austronesia yang terdapat di Negara Brunei Darussalam. Keluarga bahasa Austronesia terdiri kira-kira 800 bahasa yang digunakan di wilayah yang bersebar dari Madagaskar ke Pulau Paskah (Easter Island) dan dari Taiwan sampai ke Selandia Baru (New Zealand). Semua bahasa yang digunakan oleh rakyat Brunei Darussalam dan hampir semua bahasa di Malaysia, di Indonesia (kecuali kebanyakan bahasa di Irian Jaya) dan di Filipina termasuk keluarga Austronesia di Brunei Darussalam, bahasa Tutong mempunyai hubungan kekeluargaan yang paling erat dengan bahasa Belait. Ini boleh dibuktikan dengan memperlihatkan kata-kata dasar yang hanya terdapat di dalam kedua-dua bahasa ini dan yang bentuknya sama atau hampir identik (sama).
9991700749 (Hardback)
Tutong language--Dictionaries--Malay.
Malay language--Dictionaries--Tutong
Brunei Darussalam--Languages.
PL5488.43 / K36