Dua Pelajar FEKIm UNISSA Jalani Latihan Industri di Universiti Malaysia Kelantan

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Ahad, 28 Jun 2026 – Dua orang pelajar daripada Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), telah berlepas ke Malaysia pada 28 Jun 2026 bagi menjalani Latihan Industri di Universiti Malaysia Kelantan (UMK) selama 20 minggu, bermula pada 1 Julai 2026.

Program ini merupakan salah satu usaha FEKIm dalam memperluaskan pendedahan pelajar kepada pengalaman pembelajaran dan latihan profesional di peringkat antarabangsa, khususnya dalam bidang ekonomi dan kewangan Islam.

UNISSA berharap peluang ini akan dapat memperkukuhkan pengetahuan, meningkatkan kemahiran profesional serta mengeratkan hubungan kerjasama antara UNISSA dan UMK.