
TAKLIMAT DAN SESI KONGSISAMA “CONVO-SET-CAREER”
TAKLIMAT PEJABAT HAL EHWAL ALUMNI DAN PERSATUAN ALUMNI 2026 DITERUSKAN DENGAN SESI PERKONGSIAN MEMBAWA TEMA

TAKLIMAT PEJABAT HAL EHWAL ALUMNI DAN PERSATUAN ALUMNI 2026 DITERUSKAN DENGAN SESI PERKONGSIAN MEMBAWA TEMA

Kuala Lumpur, 30 Julai 2026 – Program Pembangunan Kapasiti Blueprint Endowmen 5.0: Strategi Menjana Dana

UNISSA, FEKIm, menghadiri Muzakarah Cendekiawan Syariah Nusantara ke-20 telah diadakan di Hilton Hotel, Kinabalu Sabah
Selasa,28 Julai 2026-Alhamdullilah, dua orang pelajar mewakili Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm), iaitu Muhammad Hakimi bin Md Baharin Shah dan Jihan Mutawakillah Binti Hj Abdul Latif, telah menyertai International Summer Leadership Program 2026 (ISLP), anjuran Universiti Brunei Darussalam (UBD) School of Business and Economics, selama 7 hari bermula daripada 22 hingga 28 Julai 2026. Program ini menghimpunkan delegasi dari Universiti Malaya (UM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universitas Airlangga, Singapore Management University (SMU), dan De La Salle University.
Pengisian Program ISLP 2026 ini direka bentuk dengan pelbagai komponen holistik yang merangkumi bengkel kepimpinan, aktiviti kendalian pelajar, lawatan sambil belajar, dan pertukaran budaya yang bermakna, Para peserta berpeluang untuk menangani cabaran dunia sebenar, memperoleh pengetahuan berharga, memupuk hubungan bermakna, dan memperoleh pengalaman berpanjangan sambil meningkatkan pemikiran kritis, kepimpinan, dan keupayaan kerja berpasukan mereka.
Program ini diakhiri dengan Majlis Makan Malam Gala dan Penyampaian Anugerah pada 28 Julai 2026, yang menjadi platform penutup yang bermakna untuk memperkukuh jaringan antarabangsa serta semangat perpaduan dalam kalangan pemimpin muda global.
