
KURSUS LITERASI MAKLUMAT ISLAM PERKASA KEMAHIRAN PENGURUSAN ILMU
BANDAR SERI BEGAWAN – Majlis penutup bagi Kursus Literasi Maklumat Islam anjuran Perpustakaan Universiti Islam

BANDAR SERI BEGAWAN – Majlis penutup bagi Kursus Literasi Maklumat Islam anjuran Perpustakaan Universiti Islam

BANDAR SERI BEGAWAN, 7 November 2026 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui

Bandar Seri Begawan, 5 November 2026 – Fakulti Bahasa Arab (FBA), Universiti Islam Sultan Sharif
Ahad, 12 Oktober 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Unit Pembangunan Kemahiran, Keusahawanan dan Inovasi (UPKKI) Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Sultan Sharif Ali (MPP UNISSA) telah menganjurkan program Carboot Sale sempena Pembukaan Sukan Tahunan UNISSA yang bertempat di Tempat Letak Kereta Pejabat HEP, bermula jam 7.00 pagi hingga 12.00 tengah hari.
Program ini bertujuan memberi peluang kepada para pelajar UNISSA dan masyarakat luar untuk mengetengahkan semangat keusahawanan melalui aktiviti jualan secara santai dari kenderaan masing-masing (carboot style). Ia juga berfungsi sebagai salah satu inisiatif UPKKI dalam menyemai nilai kreativiti, inovasi dan daya saing dalam kalangan pelajar universiti.

Sebanyak 9 buah vendor telah mengambil bahagian dalam program ini yang terdiri daripada vendor pelajar UNISSA dan juga vendor luar. Antara barangan jualan termasuk makanan dan minuman tempatan, pakaian, aksesori, dan produk buatan tangan.
Sebagai tanda penghargaan terhadap penyertaan dan kerjasama para vendor, pihak penganjur turut menyampaikan sijil penghargaan kepada semua peserta booth yang telah menjayakan program tersebut. Penyampaian sijil ini disempurnakan oleh Exco Unit Pembangunan Kemahiran, Keusahawanan dan Inovasi (UPKKI) sebagai simbol apresiasi atas sokongan mereka dalam memeriahkan acara ini.

Carboot Sale kali ini diharapkan dapat menjadi platform tahunan bagi mencungkil potensi usahawan muda serta memupuk budaya berdikari dalam kalangan mahasiswa, seiring dengan visi UNISSA dalam melahirkan generasi Islam yang berilmu, berdaya saing dan berakhlak mulia.