
EMPAT PELAJAR FPPI RAIH KEJAYAAN DALAM MUSABAQAH TILAWATIL QURAN BELIA KEBANGSAAN 1448H/2026M
1 Oktober 2026 – Empat orang pelajar Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), Universiti Islam Sultan

1 Oktober 2026 – Empat orang pelajar Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), Universiti Islam Sultan

25 September 2026 – Fakulti Pengurusan Pembangunan Islam (FPPI), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA)

Alhamdulillah, telah berlangsung dengan jayanya Open Maktabah yang diadakan selama dua hari berturut-turut, bermula pada
UNISSA telah menghantar salah seorang tenaga akademik UNISSA iaitu Dr Muhammad Zaki bin Haji Zaini/Jaineh, Dekan Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIM), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA), untuk menghadiri Cambridge Islamic Finance Leadership Programme (Cambridge-IFLP) yang berlangsung di Trinity Hall, University of Cambridge, United Kingdom, dari 3 hingga 7 Ogos 2026.
Program ini dianjurkan bersama oleh Cambridge Institute of Islamic Finance dan Bahrain Institute of Banking and Finance (BIBF), dengan DDCAP Group sebagai rakan strategik. Pada tahun ini, program ini menyambut edisi ke-10, setelah sekian lama menjadi platform pembangunan kepimpinan bagi para profesional dalam industri perbankan dan kewangan Islam, serta telah mengumpulkan pelbagai pemimpin dari seluruh dunia yang terlibat secara aktif dalam industri kewangan Islam global.
Antara objektif utama program ini adalah untuk membangunkan pemimpin generasi akan datang dalam bidang perbankan dan kewangan Islam melalui pendedahan secara langsung kepada tokoh-tokoh terkemuka industri, termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Pengarah Urusan serta Pegawai eksekutif kanan dari institusi kewangan terkemuka dunia. Melalui gabungan temu bual eksekutif, bengkel,kuliah dan pembelajaran berasaskan projek, para peserta memperoleh pandangan strategik mengenai landskap kewangan Islam yang sentiasa berkembang, proses membuat keputusan, tadbir urus institusi, serta inovasi dalam industri. Program tahun ini turut dihadiri oleh kira-kira 40 peserta dari serata dunia, mewujudkan platform pembelajaran sesama rakan sebaya, rangkaian antarabangsa, serta kerjasama profesional jangka panjang.
Fasilitator dan penceramah jemputan yang dipilih terdiri daripada kalangan tokoh dalam industri kewangan Islam, antaranya Iqbal Khan, Chief Executive Officer, Fajr Capital; Stella Cox, Managing Director, DDCAP Group; Sheikh Yousaf Khalawi, Setiausaha Agung, Al Baraka Forums dan Islamic Chamber of Commerce and Development (ICCD); serta Greg Ellison, Ketua Pegawai Eksekutif, QIB (UK).
Antara pengisian program ini termasuklah temu bual kepimpinan (leadership interviews), bengkel, serta tugasan projek secara berkumpulan yang dibentangkan pada hari terakhir program. Kumpulan projek yang disertai oleh Dr Muhammad Zaki telah berjaya meraih penghargaan sebagai projek terbaik dalam program tersebut, satu pencapaian yang membanggakan sekali gus mengukuhkan kehadiran UNISSA di persada antarabangsa.
Melalui penyertaan dalam program ini, peserta didedahkan dengan ciri-ciri kepimpinan serta isu-isu semasa yang dihadapi oleh industri kewangan Islam, termasuk keperluan pembangunan modal insan dalam bidang-bidang baharu (emerging) yang semakin relevan dalam landskap kewangan global, termasuk kecerdasan buatan (AI) dan tadbir urus berasaskan bukti (evidence-based decision-making).
Kehadiran UNISSA dalam
program ini turut memberikan pendedahan penting kepada UNISSA di peringkat antarabangsa, khususnya dalam bidang kewangan Islam global tambahan pula UNISSA merupakan satu-satunya universiti di Negara Brunei Darussalam yang menawarkan Program Sarjana Muda Kewangan Islam
