PENANDATANGANAN MOU ANTARA UNISSA DAN MITSUBISHI CORPORATION
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Mitsubishi Corporation pada hari
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Mitsubishi Corporation pada hari
Brunei Darussalam Central Bank (BDCB) dan Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menandatangani sebuah
Pada hari Khamis, 19 Jamadilawal 1446H bersamaan dengan 21 November 2024M Fakulti Bahasa Arab, Universiti
Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pembangunan Kerjaya Dan Jaringan Industri (OCeAN) telah mengadakan Bengkel Kerjaya: Persiapan CV dan Temuduga pada hari Khamis, 12 Sya’ban 1445H bersamaan dengan 22 Februari 2024M.
Seramai 45 orang peserta terdiri daripada alumni, mahasiswa dan mahasiswi UNISSA telah mengikuti taklimat yang diadakan di Dewan Auditorium, UNISSA Gadong.
Bengkel Kerjaya ini dimulakan dengan sesi bengkel CV yang disampaikan oleh Yang Mulia Tuan Haji Abdul Azim bin Haji Salleh, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, MPEC, Jobcentre Brunei. Tuan Haji Abdul Azim antara lain mengongsikan beberapa maklumat yang relevan untuk dimasukkan ke dalam CV, dan memberikan tunjuk ajar contoh CV yang betul dan salah secara terperinci.
Sesi bengkel CV diakhiri dengan sesi soal jawab daripada para peserta dan aktiviti menguji kefahaman peserta.
Manakala, sesi bengkel temuduga pula disampaikan oleh Tuan Mohd Khairul Hasbullah bin Haji Anuar, Pegawai Tugas-Tugas Khas Tingkat II, MPEC, Jobcentre Brunei. Sesi bengkel temuduga diisikan dengan perkongsian beberapa tips sebelum, semasa, dan selepas menghadiri temuduga.
Para peserta kemudiannya diberikan peluang untuk mengajukan soalan dan diberikan aktiviti bagaimana menjawab beberapa soalan lazim di dalam temuduga.
Bengkel Persiapan CV dan Temuduga diakhiri dengan temuduga olok-olok, dan seterusnya diberikan beberapa maklum balas mengenainya daripada pihak MPEC, Jobcentre Brunei.
Antara tujuan bengkel ini ialah untuk memberikan tunjuk ajar dalam menghasilkan CV yang efektif dan membantu meningkatkan kemahiran menjawab soalan temuduga.
Bengkel kerjaya ini diharapkan dapat memberikan manfaat kepada para peserta bengkel agar lebih bersemangat dalam membuat persiapan CV dan temuduga dengan jayanya.