
INFAQ BARANG ASASI MAKTABAH UNISSA KEPADA SAUDARA BARU
Khamis – 12 Mac 2026 Pihak Maktabah UNISSA bersama Nadi Maktabah UNISSA telah mengagihkan infaq

Khamis – 12 Mac 2026 Pihak Maktabah UNISSA bersama Nadi Maktabah UNISSA telah mengagihkan infaq

Rabu,11 Mac 2026 – Fakulti Ekonomi dan Kewangan Islam (FEKIm), Universiti Islam Sultan Sharif Ali

Sabtu, 7 Mac 2026 – Pusat Kajian Manuskrip Islam (PKMI), Universiti Islam Sultan Sharif Ali
10 Februari 2026 – Pejabat Pembangunan Kerjaya dan Jaringan Industri (OCeAN), Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) telah menganjurkan Bengkel Kerjaya: Master The Mic! Suara Siswa Berwibawa bertempat di Bilik L1.3, Kampus UNISSA Gadong.

Bengkel ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran pengucapan awam dan komunikasi lisan dalam kalangan pelajar dan alumni UNISSA dengan menekankan pengucapan awam sebagai kunci kejayaan dalam dunia akademik dan profesional. Selain itu, bengkel ini turut memberi pendedahan mengenai peranan komunikasi sebagai jambatan penyampaian mesej yang berkesan kepada audiens, serta keupayaan bertutur sebagai alat mempengaruhi dan membina keyakinan diri dalam pelbagai situasi pembelajaran dan kerjaya. Seramai 42 orang peserta yang terdiri daripada pelajar dan alumni UNISSA telah menyertai bengkel ini.

Bengkel ini dikendalikan oleh Tuan Mohammad Affendy bin Haji Junaidi, Ketua Jurulatih Kelab Pidato Perdana Antarabangsa (KEPENTAS), yang berkongsi pengalaman serta teknik praktikal dalam pengucapan awam. Antara pengisian bengkel termasuk pengenalan kepada asas pengucapan awam, teknik menyusun mesej, mengatasi rasa gugup, kemahiran di atas pentas serta latihan simulasi secara interaktif.

Melalui penganjuran bengkel ini, para peserta bukan sahaja memperoleh pengetahuan dan latihan praktikal dalam pengucapan awam, malah dapat membina keyakinan diri, meningkatkan keupayaan berkomunikasi secara profesional serta mempersiapkan diri untuk menghadapi temuduga, pembentangan dan situasi kerjaya yang memerlukan kemahiran bercakap di hadapan khalayak. Inisiatif ini juga menyokong usaha UNISSA dalam melahirkan graduan yang holistik, berdaya saing dan bersedia menghadapi keperluan pasaran kerja semasa.