BENGKEL JURUACARA (EMCEE)

Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

Ahad, 19 Oktober 2025 – Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Unit Kesenian dan Kebudayaan (UKSKB) Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) UNISSA, telah menganjurkan program Bengkel Asas Pengacaraan “Emcee” yang bertempat di Bilik M1.11. Program ini telah berlangsung pada jam 8:00 pagi hingga 5:00 petang.

Program ini bertujuan memberi peluang kepada kakitangan dan mahasiswa/siswi UNISSA untuk memperkasakan kemahiran komunikasi awam dan pengacaraan mereka. Ia juga berfungsi sebagai inisiatif dalam menyemai nilai keyakinan diri dan profesionalisme dalam kalangan warga
universiti, seiring dengan visi UNISSA dalam melahirkan generasi Islam yang berilmu, berdaya saing, dan berakhlak mulia.

Program dimulakan dengan bacaan doa yang dikepalai oleh Yang Mulia Ainul Akmal Bin Moksin dan diteruskan dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Exco Unit Kesenian dan Kebudayaan (UKSKB), Yang Mulia Muhd Saiful Amin Bin Rosli.

Bengkel ini telah dikendalikan oleh fasilitator jemputan, Yang Mulia Cikgu Haji Hasnan bin Haji Suhaili, Mantan Ketua Rancangan Radio, Radio Televisyen Brunei. Antara tajuk yang disampaikan sepanjang bengkel termasuk:

Sesi 1: Pengenalan juruacara : peranan, etika & ciri-ciri juruacara yang baik.

Sesi 2: Teknik Penyampaian : intonasi suara, bahasa tubuh, dan skrip.

Sesi 3: Pengendalian Majlis Formal & Separa Formal.

Sesi 4: Praktikal Emcee Berkumpulan : Penggayaan Skrip & Persembahan.

Sebagai tanda penghargaan terhadap fasilitator dan penyertaan para peserta, sijil penyertaan telah disediakan kepada mereka. Penyampaian sijil ini disempurnakan pada sesi penutup diikuti dengan sesi bergambar ramai bersama penganjur.

Bengkel Asas Pengacaraan “Emcee” kali ini diharapkan dapat menjadi platform penting bagi mencungkil potensi bakat pengacaraan dalam kalangan mahasiswa/siswi serta memupuk budaya kemahiran komunikasi yang cemerlang di UNISSA.