Calon-calon yang terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti dibawah adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut :
JAWATAN : PUSTAKAWAN, UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI
BAHAGIAN : II
TANGGAGAJI : UB.1 EB.2 ($2,450.00 – $3,760.00 EB KHAS $3,880.00 – $4,240.00 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM :
a. Mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Ugama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam
b. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Sains Perpustakaan dan maklumat atau kelulusan yang sebanding yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Mempunyai Kelulusan yang bersesuaian yang lebih tinggi adalah kelebihan.
c. Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik. Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Arab adalah merupakan satu kelebihan.
d. Mempunyai pengalaman dan/atau kelulusan dalam teknologi maklumat (IT) adalah merupakan satu kelebihan.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB :
1. Bertanggungjawab kepada Ketua Bahagian atau mengetuai bahagian/ unit yang tertentu bagi menjalankan berbagai tugas yang tertentu.
2. Menyelia perpustakaan Universiti Islam Sultan Sharif Ali di semua kampus.
3. Membantu Ketua Perpustakaan dalam kerja-kerja berkaitan dengan pengurusan perpustakaan Universiti.
4. Membantu Ketua Perpustakaan mengawalselia tugas, kebajikan dan kemaslahatan staf perpustakaan.
5. Menguruskan bahagian perkhidmatan peminjaman serta memastikan segala perkhidmatan berjalan dengan baik dan lancer serta kemudahan yang disediakan kepada para pengguna perpustakaan dalam keadaan baik.
6. Terlibat secara langsung dalam kerja-kerja yang berkaitan dengan perkhidmatan kepada orang ramai, staf dan mahasiswa/mahasiswi.
7. Mengendalikan penyusunan dan seterusnya penyebaran maklumat secara dalam talian dan mengendalikan promosi perpustakaan.
8. Menjadi penyelaras perkhidmatan dalam aktiviti-aktiviti perpustakaan.
9. Memastikan segala bahan am perpustakaan disusun kemas dan rapi bagi kemudahan para pengguna dan memastikan penyusunannya diselaraskan dengan baik dan teratur.
10. Membantu Ketua Perpustakaan dalam usaha mengembangkan koleksi perpustakaan dan memastikan kerja-kerja pemeliharaan dan pemuliharaan dilaksanakan untuk menjaga koleksi perpustakaan.
11. Mengawasi dan memastikan keadaan perpustakaan dalam keadaan baik, bersih, aman dan teratur.
12. Memastikan segala masalah yang dihadapi di Kaunter Perkhidmatan Peminjaman ditangani dengan segera termasuk yang dihadapi oleh pengguna dengan menyelesaikannya samada secara bersemuka atau atas talian.
13. Menyelaras pengurusan Perkhidmatan Peminjaman Berkongsi Sumber (Resource Sharing) dengan perpustakaan-perpustakaan di institusi-institusi tinggi yang lain dan memastikan permohonan pengguna diproses secepat mungkin dan juga berjalan dengan lancar.
14. Memastikan persediaan-persediaan yang lazim dibuat bagi penyelarasan lawatan-lawatan ke perpustakaan sentiasa dijalankan dengan baik dengan kerjasama pihak-pihak tertentu.
15. Membantu membuat laporan perkembangan perpustakaan dan laporan-laporan yang berkaitan dengan perpustakaan Universiti Islam Sultan Sharif Ali dan projek / aktiviti, Bersama fakta statistik, untuk Tindakan Ketua Perpustakaan / Ketua Bahasgian.
16. Menjalankan dan menerima arahan tugas daripada Ketua Bahagian dan pihak atasan dari semasa ke semasa.
SYARAT-SYARAT LAIN :
i. Mempunyai perwatakan yang baik dan dapat menunjukan sikap komitmen yang tinggi terhadap tugas dan tanggungjawab serta dapat menjalankan tugas-tugas dengan penyeliaan yang minima.
ii. Hanya pemohon-pemohon yang memenuhi syarat-syarat dan yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menjalani sesi temuduga.
iii. Universiti berhak menolak borang permohonan secara online yang tidak diisi dengan lengkap dan yang tidak menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan.
iv. Bagi pemohon-pemohon yang terdiri daripada kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia hendaklah juga memohon melalui online. Salinan hardcopy borang permohonan juga hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan masing-masing yang mana Ketua Jabatan hendaklah menghadapkan permohonan tersebut berserta dengan satu SOKONGAN LAPORAN SULIT mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon PENILAIAN PRESTASI TIGA (3) TAHUN KEBELAKANGAN dan SATU SALINAN REKOD PERKHIDMATAN YANG LENGKAP dan TERKINI.
TATACARA PERMOHONAN :
Borang permohonan – Borang P1-Tempatan (Bukan Jawatan Akadmik) bolehlah didapati dan diisi melalui online di laman sesawang: https://unissa.edu.bn/application/form-p1-borang-p1-non-academic-post-local/
Setelah lengkap mengisi borang permohonan melalui online no.rujukan beserta salinan borang permohonan online akan dihantar ke alamat emel pemohon. Pemohon dikehendaki menghantar no. rujukan tersebut ke recruitment@unissa.edu.bn.
Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi +6738687055 semasa waktu pejabat atau emel kepada recruitment@unissa.edu.bn
Tarikh Buka Permohonan : Hari Isnin, 14 April 2025
Tarikh Tutup Permohonan : Hari Isnin, 28 April 2025
Rujukan Iklan : UNISSA/IJK/Pst/6/2025