Opening

PENOLONG PENDAFTAR

Calon-calon yang terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti dibawah adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut :

 

JAWATAN         :  PENOLONG PENDAFTAR,  UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

BAHAGIAN        :  II

TANGGAGAJI   :  UB.1 EB.2 ($2,630 – $3,760 EB KHAS $3,880 – $3,880 – $4,240 SEBULAN)

KEKOSONGAN :  SATU (01)

 

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN :

 a.     Mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Ugama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politeknik Negara Brunei Darussalam.

b.  i.  Berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dengan kepujian dalam bidang yang bersesuaian serta diiktirafkan oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.

Mempunyai kelulusan yang bersesuaian yang lebih tinggi adalah merupakan satu kelebihan.

ATAU

   ii.  Sedang berkhidmat di Institusi Pengajian Tinggi tempatan dalam jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji B.2 atau yang sebanding selama tidak kurang dari 7 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

ATAU

   iii. Sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dalam jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji C.3 atau yang sebanding selama tidak kurang dari 9 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

c.  Sebelum layak ditetapkan dalam jawatannya, Penolong Pendaftar dikehendaki lulus peperiksaan

i.  Peraturan-Peraturan Am 1961 dan Peraturan-Peraturan Perkhidmatan

ii. Peraturan-Peraturan Kewangan.

Peperiksaan i dan ii akan dikendalikan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam.

 

d.  Mempunyai kemahiran dalam Analytical Skills / Communication Skills / Information Technology Skills / Networking Skills / Presentation Skills / Multitasking Skills adalah kelebihan.

e.  Berkebolehan bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik.

f.  Berkemampuan bertutur dan menulis dalam Bahasa Arab dengan baik adalah satu kelebihan.

g.  Pengalaman bekerja di UNISSA di bawah skim i-READY atau sambilan dengan rekod prestasi kerja yang baik sebagai satu kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB :

  • Bertanggungjawab dalam membantu Pendaftar dalam kerja-kerja yang berhubungkait dengan Pentadbiran Am dan Pentadbiran Akademik Universiti.
  • Lain-lain tugas yang diarahkan oleh Pendaftar dan pegawai-pegawai atasan Universiti dari masa ke semasa.

 

SYARAT-SYARAT LAIN :

i.  Mempunyai perwatakan yang baik dan dapat menunjukkan sikap komitmen yang tinggi terhadap tugas dan tanggungjawab serta dapat menjalankan tugas-tugas dengan penyeliaan yang minima.

ii.  Hanya pemohon-pemohon yang memenuhi syarat-syarat dan yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menjalani sesi temuduga.

iii.  Universiti berhak menolak borang permohonan secara online yang tidak diisi dengan lengkap dan yang tidak menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan.

iv.  Bagi pemohon-pemohon yang terdiri daripada kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia hendaklah juga memohon melalui online. Salinan hardcopy borang permohonan juga hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan masing-masing yang mana Ketua Jabatan hendaklah menghadapkan permohonan tersebut berserta dengan satu SOKONGAN LAPORAN SULIT mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon PENILAIAN PRESTASI TIGA (3) TAHUN KEBELAKANGAN dan SATU SALINAN REKOD PERKHIDMATAN YANG LENGKAP dan TERKINI.

 

TATACARA PERMOHONAN :

Borang permohonan – Form P1 (Borang P1) bolehlah didapati dan diisi melalui dalam talian di laman sesawang: https://unissa.edu.bn/application/form-p1-borang-p1-non-academic-post-local/ Setelah lengkap mengisi borang permohonan melalui dalam talian, pemohon akan diberikan Application Reference No. (ARN) dan pemohon dikehendaki untuk menghantar emel ARN tersebut ke recruitment@unissa.edu.bn

Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi hotline Pejabat Sumber Tenaga Manusia UNISSA +6738687055 semasa waktu pejabat atau emel kepada recruitment@unissa.edu.bn

 

Tarikh Buka Permohonan      : Hari Sabtu, 22 Jun 2024

Tarikh Tutup Permohonan    : Hari Sabtu, 06 Julai 2024

Rujukan Iklan                         : UNISSA/IJK/PP/003/2024