Opening

KETUA JURUTEKNIK MAKMAL

Calon-calon yang terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti dibawah adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut :

 

JAWATAN                 :    KETUA JURUTEKNIK MAKMAL,  UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

BAHAGIAN               :    III

TANGGAGAJI          :    C.3-4 EB.5 ($1,990.00 – $2,970.00 EB KHAS $3,040.00 – $3,320.00 SEBULAN)

                                                                       

KELAYAKAN MINIMUM :

  1.   Mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Ugama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam
  2.   i)  BDTVEC / BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Food Science (Food Biotechnology) / Kimia / Laboratory Science / Pertanian / Sains / Sains Makanan / Teknologi Makanan  atau bidang bersesuaian.

                                                      ATAU

ii) Telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tangga gaji C.2 atau sebanding tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tangga gaji C.1 atau sebanding tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB :

  1. Bertanggungjawab dalam penyelenggaraan dan pengurusan perkhidmatan makmal sains / pertanian / kimia.
  2. Mengawas dan menyediakan perancangan organisasi kerja bagi staf makmal.
  3. Melaksanakan kerja-kerja pentadbiran makmal termasuk kawalan stok barang makmal, permohonan, pembelian dan penerimaan perbekalan.
  4. Melaksanakan kerja-kerja pemeriksaan dan penganalisaan serta menentukan teknik-teknik pemeriksaan dan penganalisaan yang bersesuaian.
  5. Menyediakan laporan hasil keputusan pemeriksaan / penganalisaan makmal termasuk laporan bulanan, suku dan tahunan.
  6. Bertanggungjawab terhadap keselamatan makmal dan memastikan prosedur keselamatan sentiasa dipatuhi.
  7. Memantau penggunaan makmal daripada tenaga akademik dan pelajar berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
  8. Melaksanakan kerja-kerja dalam memajukan sesuatu metode atau teknik penganalisaan.
  9. Menerima dan melaksanakan tugas-tugas lain daripada arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

 

SYARAT-SYARAT LAIN :

  1. Mempunyai perwatakan yang baik dan dapat menunjukan sikap komitmen yang tinggi terhadap tugas dan tanggungjawab serta dapat menjalankan tugas-tugas dengan penyeliaan yang minima.
  2. Hanya pemohon-pemohon yang memenuhi syarat-syarat dan yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menjalani sesi temuduga.
  3. Universiti berhak menolak borang permohonan secara online yang tidak diisi dengan lengkap dan yang tidak menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan.
  4. Bagi pemohon-pemohon yang terdiri daripada kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia hendaklah juga memohon melalui online. Salinan hardcopy borang permohonan juga hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan masing-masing yang mana Ketua Jabatan hendaklah menghadapkan permohonan tersebut berserta dengan satu SOKONGAN LAPORAN SULIT mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon PENILAIAN PRESTASI TIGA (3) TAHUN KEBELAKANGAN dan SATU SALINAN REKOD PERKHIDMATAN YANG LENGKAP dan TERKINI.

 

TATACARA PERMOHONAN :

Borang permohonan – Borang P1-Tempatan (Bukan Jawatan Akadmik)  bolehlah didapati dan diisi melalui online di laman sesawang: https://unissa.edu.bn/application/form-p1-borang-p1-non-academic-post-local/

Setelah lengkap mengisi borang permohonan melalui online no.rujukan beserta salinan borang permohonan online akan dihantar ke alamat emel pemohon. Pemohon dikehendaki menghantar no. rujukan tersebut  ke recruitment@unissa.edu.bn.

Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi +6738687055 semasa waktu pejabat atau emel kepada recruitment@unissa.edu.bn

Tarikh Buka Permohonan     : Hari Isnin, 14 April 2025

Tarikh Tutup Permohonan    : Hari Isnin, 28 April 2025

Rujukan Iklan                            : UNISSA/IJK/KJM/2/2025