Opening

KERANI KEWANGAN

Calon-calon yang terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti dibawah adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut :

 

JAWATAN                  :           KERANI KEWANGAN, UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

BAHAGIAN                 :           IV

TANGGAGAJI            :           D.1-2-3 EB.4-5 ($530.00 – $1,625.00 EB KHAS $1,665.00 – $1,825.00 SEBULAN)

 

KELAYAKAN MINIMUM :

  1. Mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Ugama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam
  2. Sekurang-kurangnya lulus dengan kepujian / kredit dalam empat (4) mata pelajaran termasuk Simpan Kira (Accounting) atau Principles of Accounts atau Ekonomi (Economics) atau Perdagangan (Commerce) atau Matematik dalam Sijil Am Pelajaran Peringkat Biasa (BGCE ‘O’ Level) atau kelulusan yang diiktiraf sebanding dengannya oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam
  3. Mempunyai pengalaman dalam kerja-kerja perakaunan dan kewangan adalah satu keutamaan. Mempunyai kelulusan yang lebih tinggi adalah merupakan satu kelebihan.
  4. Bagi pemohon-pemohon yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia hendaklah menghantar permohonan melalui Ketua Jabatan masing-masing yang mana Ketua Jabatan hendaklah menghadapkan permohonan tersebut berserta dengan satu sokongan laporan sulit mengenai pemohon, laporan prestasi tiga (3) tahun kebelakangan dan satu salinan Rekod Perkhidmatan yang lengkap dan terkini.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB :

  1. Memproses dan menaip kerja-kerja pejabat seperti persuratan, book keeping, pinjaman, baksis, gaji, bonus, percukaian, tambang, pembayaran, pertanyaan audit, pendaftaran, pemfailan, despatching dan hal-hal lain mengikut Peraturan Kewangan dan peraturan-peraturan lain
  2. Menerima dan melaksanakan tugas-tugas lain daripada arahan yang diberikan dari semasa ke semasa.

 

SYARAT-SYARAT LAIN :

  1. Mempunyai perwatakan yang baik dan dapat menunjukan sikap komitmen yang tinggi terhadap tugas dan tanggungjawab serta dapat menjalankan tugas-tugas dengan penyeliaan yang minima.
  2. Hanya pemohon-pemohon yang memenuhi syarat-syarat dan yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menjalani sesi temuduga.
  3. Universiti berhak menolak borang permohonan secara online yang tidak diisi dengan lengkap dan yang tidak menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan.
  4. Bagi pemohon-pemohon yang terdiri daripada kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia hendaklah juga memohon melalui online. Salinan hardcopy borang permohonan juga hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan masing-masing yang mana Ketua Jabatan hendaklah menghadapkan permohonan tersebut berserta dengan satu SOKONGAN LAPORAN SULIT mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon PENILAIAN PRESTASI TIGA (3) TAHUN KEBELAKANGAN dan SATU SALINAN REKOD PERKHIDMATAN YANG LENGKAP dan TERKINI.

 

TATACARA PERMOHONAN :

Borang permohonan – Form P1 (Borang P1) bolehlah, didapati dan diisi melalui dalam talian di laman sesawang: https://unissa.edu.bn/application/form-p1-borang-p1-non-academic-post-local/ Setelah lengkap mengisi borang permohonan melalui dalam talian, pemohon akan diberikan Application Reference No. (ARN) dan pemohon dikehendaki untuk menghantar emel ARN tersebut ke recruitment@unissa.edu.bn

Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi hotline Pejabat Sumber Tenaga Manusia UNISSA 8687055 semasa waktu pejabat atau emel kepada recruitment@unissa.edu.bn

 

Tarikh Buka Permohonan         : Hari Rabu, 12 Februari 2025

Tarikh Tutup Permohonan        : Hari Rabu, 26 Februari 2025

Rujukan Iklan                              : UNISSA/IJK/KW/1/2025