Calon-calon yang terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti dibawah adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut :
JAWATAN : JURUTERA KANAN (ESTET), UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI
BAHAGIAN : II
TANGGAGAJI : B.3 ($3,880 – $4,240 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM :
a. Mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Ugama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam
b. i. Sarjana muda dalam bidang Engineering / Building Engineering / Civil Engineering / Electrical Engineering / Mechanical Engineering / Structural Engineering / Architectural Engineering / kelulusan Profesional atau bidang bersesuaian.
Mempunyai kelulusan yang lebih tinggi adalah kelebihan.
ATAU
ii. Telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan yang bersesuaian sekurang-kurangnya dalam tanggagaji B.2 EB.3 atau sebanding tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
c. Berkelayakan Chartered Engineer atau Ahli Institusi Profesional yang diiktiraf serta mempunyai pengalaman di dalam bidang Pengurusan Kejuruteraan Awam / Bangunan / Struktur / Elektrikal adalah kelebihan.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:
- Bertanggungjawab kepada Ketua Bahagian atau mengetuai bahagian/ unit yang tertentu bagi menjalankan berbagai tugas yang berkaitan dengan Pejabat Estet.
- Memberi khidmat nasihat terhadap perkara yang berkaitan dengan pengurusan, pengawasan, pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan.
- Mengawasi, menyelaras dan menilai kerja-kerja pemuliharaan, pemeliharaan dan pembaikan bangunan-bangunan di bawah kawalan Universiti Islam Sultan Sharif Ali.
- Menyediakan anggaran peruntukan tahunan bagi Universiti Islam Sultan Sharif Ali termasuk penyelarasan dan pemantauan projek di bawah Rancangan Kemajuan Negara.
- Menyediakan / mengeluarkan dokumen tawaran projek-projek dan seterusnya membuat penilaian tawaran.
- Memastikan projek-projek yang di bawah jagaan berjalan dengan teratur dari segi kontrek dan pengurusan seperti:
i. Memproses pesanan perubahan (variation order).
ii. Lanjutan masa (extension of time).
iii. Menyediakan pembayaran kemajuan dan sijil pembayaran.
- Mengendalikan mesyuarat bagi pengurusan dan pentadbiran di bawah kawalan Pejabat Estet.
- Melaksanakan kerja-kerja seperti yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.
SYARAT-SYARAT LAIN :
i. Mempunyai perwatakan yang baik dan dapat menunjukan sikap komitmen yang tinggi terhadap tugas dan tanggungjawab serta dapat menjalankan tugas-tugas dengan penyeliaan yang minima.
ii. Hanya pemohon-pemohon yang memenuhi syarat-syarat dan yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menjalani sesi temuduga.
iii. Universiti berhak menolak borang permohonan secara online yang tidak diisi dengan lengkap dan yang tidak menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan.
iv. Bagi pemohon-pemohon yang terdiri daripada kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia hendaklah juga memohon melalui online. Salinan hardcopy borang permohonan juga hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan masing-masing yang mana Ketua Jabatan hendaklah menghadapkan permohonan tersebut berserta dengan satu SOKONGAN LAPORAN SULIT mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon PENILAIAN PRESTASI TIGA (3) TAHUN KEBELAKANGAN dan SATU SALINAN REKOD PERKHIDMATAN YANG LENGKAP dan TERKINI.
TATACARA PERMOHONAN :
Borang permohonan – Borang P1-Tempatan (Bukan Jawatan Akadmik) bolehlah didapati dan diisi melalui online di laman sesawang: https://unissa.edu.bn/application/form-p1-borang-p1-non-academic-post-local/
Setelah lengkap mengisi borang permohonan melalui online no.rujukan beserta salinan borang permohonan online akan dihantar ke alamat emel pemohon. Pemohon dikehendaki menghantar no. rujukan tersebut ke recruitment@unissa.edu.bn.
Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi +6738687055 semasa waktu pejabat atau emel kepada recruitment@unissa.edu.bn
Tarikh Buka Permohonan : Hari Isnin, 14 April 2025
Tarikh Tutup Permohonan : Hari Isnin, 28 April 2025
Rujukan Iklan : UNISSA/IJK/JK/5/2025