Calon-calon yang terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti dibawah adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut :
JAWATAN : JURUTEKNIK MAKMAL KANAN, UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI
BAHAGIAN : III
TANGGAGAJI : C.2 EB.3 ($1,450.00 – $2,270.00 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM:
a. Mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Ugama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam
b. i. BDTVEC / BTEC Sijil Tertinggi Kebangsaan (HNC) atau sebanding dalam bidang Sains / Makmal (Laboratory).
ATAU
ii. Sedang berkhidmat dengan kerajaan dalam jawatan yang bersesuaian dalam tanggagaji C.1 selama tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tanggagaji D.4 / D.3 tidak kurang dari 6 tahun atau dalam tanggagaji D.1 tidak kurang dari 8 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
c. Berkebolehan menggunakan komputer adalah kelebihan.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:
1. Bertanggungjawab kepada Ketua Bahagian atau mengetuai bahagian/ unit yang tertentu bagi menjalankan berbagai tugas yang tertentu.
2. Membantu Ketua Bahagian dalam menjalankan pentadbiran, penyelarasan dan pengurusan makmal bagi kegunaan Staf Tenaga Akademik dan pelajar yang berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran.
3. Membantu dalam menguruskan pemesanan alatan sains, penerimaan barang-barang, mencatitkan semua indent, invois, delivery order dari pembekal-pembekal ke dalam buku stok.
4. Membuat semakan stok dan mengemaskinikan buku stok dari semasa ke semasa.
5. Membantu untuk menguatkuasakan Peraturan Keselamatan Makmal kepada semua pengguna, Staf Tenaga Akademik, Pelajar dan Kakitangan yang menggunakan makmal.
6. Menerima tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengetua dan Ketua Bahagian Makmal.
SYARAT-SYARAT LAIN :
i. Mempunyai perwatakan yang baik dan dapat menunjukan sikap komitmen yang tinggi terhadap tugas dan tanggungjawab serta dapat menjalankan tugas-tugas dengan penyeliaan yang minima.
ii. Hanya pemohon-pemohon yang memenuhi syarat-syarat dan yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menjalani sesi temuduga.
iii. Universiti berhak menolak borang permohonan secara online yang tidak diisi dengan lengkap dan yang tidak menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan.
iv. Bagi pemohon-pemohon yang terdiri daripada kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia hendaklah juga memohon melalui online. Salinan hardcopy borang permohonan juga hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan masing-masing yang mana Ketua Jabatan hendaklah menghadapkan permohonan tersebut berserta dengan satu SOKONGAN LAPORAN SULIT mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon PENILAIAN PRESTASI TIGA (3) TAHUN KEBELAKANGAN dan SATU SALINAN REKOD PERKHIDMATAN YANG LENGKAP dan TERKINI.
TATACARA PERMOHONAN :
Borang permohonan – Borang P1-Tempatan (Bukan Jawatan Akadmik) bolehlah didapati dan diisi melalui online di laman sesawang: https://unissa.edu.bn/application/form-p1-borang-p1-non-academic-post-local/
Setelah lengkap mengisi borang permohonan melalui online no.rujukan beserta salinan borang permohonan online akan dihantar ke alamat emel pemohon. Pemohon dikehendaki menghantar no. rujukan tersebut ke recruitment@unissa.edu.bn.
Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi +6738687055 semasa waktu pejabat atau emel kepada recruitment@unissa.edu.bn
Tarikh Buka Permohonan : Hari Isnin, 14 April 2025
Tarikh Tutup Permohonan : Hari Isnin, 28 April 2025
Rujukan Iklan : UNISSA/IJK/JMK/9/2025