Calon-calon yang terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti dibawah adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut :
JAWATAN : PENOLONG PEGAWAI KEWANGAN TINGKAT I, UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI
BAHAGIAN : III
TANGGAGAJI : C.3-4 EB.5 ($1,990.00 – $2,970.00 EB KHAS $3,040.00 – $3,320.00 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM :
a. Mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Ugama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam
b. i) BDTVEC / BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Ekonomi / Kewangan / Pengurusan / Perakaunan atau bidang bersesuaian.
ATAU
ii) Telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam bidang berkaitan dengan bidang Perakaunan dan / atau Kewangan dalam tangga gaji C.1 tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:
- Memproses, menyemak dan mengesahkan kerja-kerja yang berkaitan dengan hal-hal perakaunan, kewangan, pembayaran, kutipan hasil dan mengendalikan pertanyaan-pertanyaan audit.
- Bertanggungjawab terus kepada Pegawai Kewangan dalam hal ehwal pengurusan kewangan Universiti.
- Bersama-sama dengan Pegawai Kewangan bertanggungjawab terhadap kawalan mutu kerja, disiplin dan kesejahteraan Staf di bahagian kewangan di Universiti.
- Menerima dan membuat tugas-tugas mengikut arahan pegawai-pegawai atasan dari semasa ke semasa.
SYARAT-SYARAT LAIN :
i. Mempunyai perwatakan yang baik dan dapat menunjukan sikap komitmen yang tinggi terhadap tugas dan tanggungjawab serta dapat menjalankan tugas-tugas dengan penyeliaan yang minima.
ii. Hanya pemohon-pemohon yang memenuhi syarat-syarat dan yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menjalani sesi temuduga.
iii. Universiti berhak menolak borang permohonan secara online yang tidak diisi dengan lengkap dan yang tidak menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan.
iv. Bagi pemohon-pemohon yang terdiri daripada kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia hendaklah juga memohon melalui online. Salinan hardcopy borang permohonan juga hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan masing-masing yang mana Ketua Jabatan hendaklah menghadapkan permohonan tersebut berserta dengan satu SOKONGAN LAPORAN SULIT mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon PENILAIAN PRESTASI TIGA (3) TAHUN KEBELAKANGAN dan SATU SALINAN REKOD PERKHIDMATAN YANG LENGKAP dan TERKINI.
TATACARA PERMOHONAN :
Borang permohonan – Borang P1-Tempatan (Bukan Jawatan Akadmik) bolehlah didapati dan diisi melalui online di laman sesawang: https://unissa.edu.bn/application/form-p1-borang-p1-non-academic-post-local/
Setelah lengkap mengisi borang permohonan melalui online no.rujukan beserta salinan borang permohonan online akan dihantar ke alamat emel pemohon. Pemohon dikehendaki menghantar no. rujukan tersebut ke recruitment@unissa.edu.bn.
Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi +6738687055 semasa waktu pejabat atau emel kepada recruitment@unissa.edu.bn
Tarikh Buka Permohonan : Hari Isnin, 14 April 2025
Tarikh Tutup Permohonan : Hari Isnin, 28 April 2025
Rujukan Iklan : UNISSA/IJK/PPKII/8/2025