Calon-calon yang terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti dibawah adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut:
JAWATAN : PENGUASA MAKMAL, UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI
BAHAGIAN : II
TANGGAGAJI : UB.1 EB.2 ($2,450.00 – $3,760.00 EB KHAS $3,880.00 – $4,240.00 SEBULAN)
KELAYAKAN MINIMUM :
a. Mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Ugama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam
b. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda atau sebanding dalam bidang Biochemistry/ Biotechnology/ Microbiology/ Makmal Klinikal / Sains Makmal atau bidang bersesuaian yang diiktiraf oleh Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam.
Mempunyai kelulusan yang lebih tinggi adalah kelebihan.
TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB:
- Bertanggungjawab kepada Ketua Bahagian atau mengetuai bahagian/ unit yang tertentu bagi menjalankan berbagai tugas yang berkaitan dengan pengurusan makmal.
- Bertanggungjawab kepada Ketua Bahagian dalam semua aspek teknikal yang berkaitan dengan Sains Kimia termasuk pembahagian tugas-tugas kakitangan bawahan dan penyeliaan kakitangan teknikal dan pemeliharaan sumber-sumber makmal.
- Mengendalikan urusan pembelian barang-barang keperluan makmal termasuk bahan kimia, radaskaca, peralatan saintifik, bahan gentian. Pemeliharaan peralatan-peralatan makmal dan juga terlibat dalam penilaian alat-alat yang tidak boleh diperbaiki untuk dihapuskira.
- Bertanggungjawab dalam semua aspek kesihatan dan keselamatan dalam makmal, serta mengawasi penyimpanan dan pembuangan bahan-bahan berbahaya dan juga sisa-sisa kimia.
- Bertanggungjawab dalam menjalankan tugas-tugas yang berkaitan seperti pemeriksaan makmal, kebersihan makmal dan tugas-tugas yang diarahkan atau dipertanggungjawabkan.
- Bertanggungjawab memastikan kesempurnaan kajian makmal dengan mengawasi pengawalan mutu kajian makmal yang dikendalikan.
- Menyediakan laporan tahunan / pengunaan makmal.
- Mengendalikan atau memberi latihan atau mengadakan seminar/ kursus bagi Kakitangan Makmal, Staf Tenaga Akademik dan pelajar di Universiti.
- Bertanggungjawab mengawasi kakitangan bawahan dalam membuat kerja pemeriksaan harian dan khas.
- Menyediakan laporan sulit / prestasi kerja bagi kakitangan bawahan.
- Menjalankan dan menerima arahan tugas daripada Ketua Bahagian dan pihak atasan dari semasa ke semasa.
SYARAT-SYARAT LAIN:
i. Mempunyai perwatakan yang baik dan dapat menunjukan sikap komitmen yang tinggi terhadap tugas dan tanggungjawab serta dapat menjalankan tugas-tugas dengan penyeliaan yang minima.
ii. Hanya pemohon-pemohon yang memenuhi syarat-syarat dan yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menjalani sesi temuduga.
iii. Universiti berhak menolak borang permohonan secara online yang tidak diisi dengan lengkap dan yang tidak menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan.
iv. Bagi pemohon-pemohon yang terdiri daripada kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia hendaklah juga memohon melalui online. Salinan hardcopy borang permohonan juga hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan masing-masing yang mana Ketua Jabatan hendaklah menghadapkan permohonan tersebut berserta dengan satu SOKONGAN LAPORAN SULIT mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon PENILAIAN PRESTASI TIGA (3) TAHUN KEBELAKANGAN dan SATU SALINAN REKOD PERKHIDMATAN YANG LENGKAP dan TERKINI.
TATACARA PERMOHONAN :
Borang permohonan – Borang P1-Tempatan (Bukan Jawatan Akadmik) bolehlah didapati dan diisi melalui online di laman sesawang: https://unissa.edu.bn/application/form-p1-borang-p1-non-academic-post-local/
Setelah lengkap mengisi borang permohonan melalui online no.rujukan beserta salinan borang permohonan online akan dihantar ke alamat emel pemohon. Pemohon dikehendaki menghantar no. rujukan tersebut ke recruitment@unissa.edu.bn.
Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi +6738687055 semasa waktu pejabat atau emel kepada recruitment@unissa.edu.bn
Tarikh Buka Permohonan : Hari Isnin, 14 April 2025
Tarikh Tutup Permohonan : Hari Isnin, 28 April 2025
Rujukan Iklan : UNISSA/IJK/PMkml/7/2025