Opening

PENYELIA ASRAMA

Calon-calon yang terdiri daripada Rakyat Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti dibawah adalah dipelawa untuk memohon jawatan berikut :

 

 

JAWATAN                  :           PENYELIA ASRAMA,  UNIVERSITI ISLAM SULTAN SHARIF ALI

BAHAGIAN                 :           III

TANGGAGAJI            :           C.3-4 EB.5 ($1,990.00 – $2,970.00 EB KHAS $3,040.00 – $3,320.00 SEBULAN)

                                               

KELAYAKAN MINIMUM :

a.  Mempunyai pengetahuan tentang kerasmian Ugama Islam, Adat Istiadat Negara, Adat Resam dan Kebudayaan Orang-Orang Melayu Brunei dan Perkembangan Sosial, Ekonomi dan Politik Negara Brunei Darussalam

b.  i) BDTVEC / BTEC Diploma Tertinggi Kebangsaan (HND) atau sebanding dalam bidang Pentadbiran atau Pengurusan atau bidang bersesuaian.

 ATAU

      ii) Telah berkhidmat dengan Kerajaan dalam jawatan bersesuaian dalam tangga gaji C.2 atau sebanding tidak kurang dari 4 tahun atau dalam tangga gaji C.1 atau sebanding tidak kurang dari 6 tahun dan telah ditetapkan dalam jawatan.

c. Mempunyai pengalaman dan/atau kelulusan dalam teknologi maklumat (IT) adalah merupakan satu kelebihan.

d. Mempunyai pengalaman dalam pengurusan asrama adalah satu kelebihan.

 

TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB :

  1. Bertanggungjawab membantu Pengurus Asrama dalam memeduli hal ehwal pentadbiran dan pengurusan asrama.
  2. Mengawasi / menegur disiplin pelajar dari semasa ke semasa.
  3. Menghadapkan permohonan alatan / keperluan asrama untuk pengurusan asrama yang lebih baik.
  4. Memastikan pengutipan hasil dibuat dengan betul dan teratur.
  5. Menyediakan laporan harian dan bulanan penggunaan asrama dan kemudahan-kemudahannya termasuk sebarang kejadian yang berlaku.
  6. Membuat rondaan setiap waktu bagi memastikan kebersihan dan keselamatan asrama sewaktu penggunaan.
  7. Mengawas hal-hal pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan asrama dan dapur asrama.
  8. Memastikan kebersihan bilik-bilik asrama dan mengatur penyediaan kemudahannya sebelum dan selepas penggunaan.
  9. Memastikan penginap-penginap mematuhi segala peraturan-peraturan menginap di asrama.
  10. Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

 

SYARAT-SYARAT LAIN :

i.    Mempunyai perwatakan yang baik dan dapat menunjukan sikap komitmen yang tinggi terhadap tugas dan tanggungjawab serta dapat menjalankan tugas-tugas dengan penyeliaan yang minima.

ii.   Hanya pemohon-pemohon yang memenuhi syarat-syarat dan yang disenaraipendek sahaja akan dipanggil untuk menjalani sesi temuduga.

iii. Universiti berhak menolak borang permohonan secara online yang tidak diisi dengan lengkap dan yang tidak menyertakan dokumen-dokumen yang diperlukan.

iv. Bagi pemohon-pemohon yang terdiri daripada kakitangan yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia hendaklah juga memohon melalui online. Salinan hardcopy borang permohonan juga hendaklah dihantar melalui Ketua Jabatan masing-masing yang mana Ketua Jabatan hendaklah menghadapkan permohonan tersebut berserta dengan satu SOKONGAN LAPORAN SULIT mengenai peribadi dan mutu kerja pemohon PENILAIAN PRESTASI TIGA (3) TAHUN KEBELAKANGAN dan SATU SALINAN REKOD PERKHIDMATAN YANG LENGKAP dan TERKINI.

 

TATACARA PERMOHONAN :

Borang permohonan – Borang P1-Tempatan (Bukan Jawatan Akadmik)  bolehlah didapati dan diisi melalui online di laman sesawang: https://unissa.edu.bn/application/form-p1-borang-p1-non-academic-post-local/

 

Setelah lengkap mengisi borang permohonan melalui online no.rujukan beserta salinan borang permohonan online akan dihantar ke alamat emel pemohon. Pemohon dikehendaki menghantar no. rujukan tersebut  ke recruitment@unissa.edu.bn.

 

Jika ada sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi +6738687055 semasa waktu pejabat atau emel kepada recruitment@unissa.edu.bn

 

Tarikh Buka Permohonan         : Hari Isnin, 14 April 2025

Tarikh Tutup Permohonan        : Hari Isnin, 28 April 2025

Rujukan Iklan                                   : UNISSA/IJK/PA/4/2025