Share News

Facebook
Twitter
LinkedIn

Recent News

GADONG, 29 Januari 2026 — Universiti Islam Sultan Sharif Ali (UNISSA) melalui Pejabat Pembangunan Kerjaya dan Jaringan Industri (OCeAN) dengan kerjasama Unit Pembangunan Kemahiran, Keusahawanan dan Inovasi (UPKKI), Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Islam Sultan Sharif Ali sesi 2025/2026 telah berjaya menganjurkan Bengkel Kerjaya bertajuk “Hands That Speak: Signs of Ukhuwwah” sebagai usaha meningkatkan kesedaran komunikasi inklusif dalam kalangan warga universiti.

Program yang disertai seramai 50 orang peserta yang terdiri daripada alumni dan pelajar UNISSA ini diisikan dengan taklimat dan bengkel yang disampaikan oleh fasilitator daripada Jari-Jariku BN, iaitu Puan Dr Hajah Norbayah binti Hj Shahminan, Tuan Ralph Joshua dan Puan Jauwidah binti Metusin. Para fasilitator turut mengongsikan pengetahuan serta kemahiran asas bahasa isyarat, di samping memberi pendedahan mengenai kepentingan komunikasi berempati bersama golongan orang kurang upaya.

Melalui bengkel ini, para peserta bukan sahaja didedahkan kepada asas bahasa isyarat, malah turut diterapkan nilai ukhuwwah, empati dan keprihatinan sosial sebagai sebahagian daripada pembentukan masyarakat yang inklusif dan saling memahami.

Penganjuran bengkel ini mencerminkan komitmen Pejabat Pembangunan Kerjaya dan Jaringan Industri (OCeAN) dan Unit Pembangunan Kemahiran, Keusahawanan dan Inovasi dalam melahirkan graduan yang holistik, berkemahiran serta peka terhadap kepelbagaian keperluan komunikasi dalam masyarakat.