Please use this identifier to cite or link to this item: http://e-ilami.unissa.edu.bn:8080/jspui/handle/123456789/1468
Title: Perbandingan Fenomena Hadhf Huruf Dalam Rasm Uthmani Dan Tulisan Jawi Lama: Tumpuan Kajian Kitab Turjuman Al-Mustafid
Authors: Ahmad Baha Mokhtar
Sulaiman Dorloh
metadata.dc.conferencetitle: Persidangan Serantau Tulisan Jawi Dan Arab: Tulisan Jawi Syiar Tamadun Islam
metadata.dc.institution: Universiti Islam Sultan Sharif Ali
metadata.dc.city1: Bandar Seri Begawan
Issue Date: 2014
Abstract: Kertas ini akan membincangkan fenomena hadhf huruf didalam kaedah penulisan rasm Uthmani dan tulisan jawi melalui kitab jawi lama. Walaupun perbezaan bahasa antara kedua-dua ejaan ini amat jauh, namun terdapat persamaan yang rapat antara huruf-huruf yang digunakan dalam ejaan kedua-dua bahasa. Sebagaimana yang telah sedia maklum bahawa huruf-huruf tulisan jawi berasal daripada huruf-huruf Arab kemudian ditambah beberapa huruf bagiu menampung sebutan-sebutan yang tidak ada di dalam bahasa Arab. Selain daripada persamaan tersebut, kaedah tulisan jawi juga telah berkembang seperti yang berlaku terhadap ejaan dalam bahasa Arab. Ejaan rasm Uthmani adalah ejaan yang terawal digunakan di dalam penulisan al-Quran. Kini ejaan seperti kaedah Rasm Uthmani banyak digunakan di dalam penulisan al-Quran sahaja. Terdapat sebahagian ejaan tersebut masih dikekalkan di dalam penulisan biasa. Objektif kajian ini adalah untuk melihat contoh-contoh perkataan dalam ejaan jawi lama yang ditulis menggunakan kaedah hadhf huruf dan persamaannya dengan kaedah hadhf huruf yang terdapat di dalam rasm Uthmani. Kajian ini mendapati bahawa ejaaan jawi yang digunakan pada peringkat awal banyak menggunakan kaedah hadhf huruf sebagaimana yang berlaku pada penulisan al-Quran pada peringkat awal yang dikenali dengan Rasm Uthmani. Tetapi melalui perekembangan ejaan daripada masa ke semasa ejaan jawi semakin kukuh hingga pada masa ini telah diperkenalkan dengan ejaan jawi baru lebih mesra pembaca.
metadata.dc.language.iso: Malay
URI: http://e-ilami.unissa.edu.bn:8080/jspui/handle/123456789/1468
Appears in Collections:CONFERENCE OR WORKSHOP ITEM

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
(DR SULAIMAN DORLOH) PERSIDANGAN SERANTAU TULISAN JAWI DAN ARAB.pdf
  Restricted Access
566.87 kBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.