Please use this identifier to cite or link to this item: http://e-ilami.unissa.edu.bn:8080/jspui/handle/123456789/1046
Title: Kajian Awal Terhadap Mantik Al-Ghazālī Dalam Mempertahankan Akidah Ahl Al-Sunnah wa Al-Jamā‘ah
Authors: Mariam Abdul Rahman
Mohd. Fauzi Hamat
Publisher: Universiti Islam Sultan Sharif Ali
Issue Date: 29-May-2018
Abstract: Makalah ini menjelaskan fungsi al-qiyāsdalam tradisi mantik yang mana kepekaan al-Ghazālī dalam menghadapi isu al-ma‘rifahyang dibawa oleh aliran Shī‘ah al-Ismā‘īlīyyah al-Bāṭinīyyah al-Ta‘līmīyyah telah menaiktaraf kedudukan al-qiyāssebagai mawāzīn al-Qur’ān. Penaiktarafan ini dinukil al-Ghazālī dalam kitab al-Qisṭās al-Mustaqīmdan pengaplikasian mawāzīn al-Qur’āntersebut terhadap isu yang telah ditimbulkan oleh aliran Shī‘ah juga disebutkan. Menerusi makalah ini, penulis telah menghuraikan kekuatan hubungan mawāzīndengan ayat-ayat al-Qur’ān, bukan sahaja dari segi fleksibiliti penggunaan mawāzīnbahkan autoriti mawāzīnsebagai neraca berfikir yang diperakui kesahihannya. Huraian ini berasaskan kepada metode kualitatif sepenuhnya memandangkan kajian adalah berbentuk analisis teks kitab al-Qisṭās al-Mustaqim. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa mantik al-Ghazālī adalah sumberyang meyakinkan dalam mempertahankan akidah Ahl al-Sunnah wa al-Jamā‘ah, bukan hanya menjadi penyokong terhadap penghujahan akal semata-mata akan tetapi menjadi satu metode penghujahan yang berasaskan ayat-ayat al-Qur’ānyang disebut oleh al-Ghazālī sebagai mawāzīn al-ma‘rifah.
URI: http://unissa.edu.bn:8080/jspui/handle/123456789/1046
ISSN: 2617-8850
Appears in Collections:ARTICLE

Files in This Item:
File Description SizeFormat 
7-Article Text-24-1-10-20180712.pdf
  Restricted Access
1.18 MBAdobe PDFView/Open


Items in DSpace are protected by copyright, with all rights reserved, unless otherwise indicated.