|

  • Collection Type
    • Article
    • Book
    • Conference or Workshop Item
    • Guide Book
    • Hafl Al-Takharruj Collection
    • Newsletter
    • Newspaper
    • Video
    • Thesis
    • Examination paper
    • UNISSA Library Books
    • Chapter in Book
  • Faculty
    • Faculty of Usuluddin
    • Faculty of Shariah and Law
    • Faculty of Arabic Language
    • Faculty of Islamic Economics and Finance
    • Faculty of Islamic Development Management
  • Centre
    • Halalan Thayyiban Research
    • Mazhab Syafie Research Centre
  • External Links
    • Universiti Islam Sultan Sharif Ali
    • Open Journal System (OJS)
    • UNISSA Press Book Shop
    • LIbrary OPAC
  • Login
UNISSA Repository Wrapper
 
View Item 
  •   e-I'lami UNISSA
  • UNISSA'S THESIS AND DISSERTATION
  • FACULTY OF ISLAMIC DEVELOPMENT MANAGEMENT (FIDM)
  • MASTER (FIDM)
  • View Item
  •   e-I'lami UNISSA
  • UNISSA'S THESIS AND DISSERTATION
  • FACULTY OF ISLAMIC DEVELOPMENT MANAGEMENT (FIDM)
  • MASTER (FIDM)
  • View Item
JavaScript is disabled for your browser. Some features of this site may not work without it.

Kesan Kurikulum Pelajaran Ugama Terhadap Pembangunan Sahsiah Pelajar Institusi Pengajian Tinggi (Ipt) Islam Negara Brunei Darussalam

Thumbnail
Date
2022
Author
Abdul Hakim Dr. Hj. Roslan
Abstract
Kajian ini bertujuan untuk melihat kesan kurikulum pelajaran ugama terhadap pembangunan sahsiah pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT) Islam Negara Brunei Darussalam. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif dan kuantitatif bagi memudahkan pengkaji untuk melihat kesan kurikulum tersebut terhadap pembangunan sahsiah pelajar IPT Islam. Manakala instrumen kajian yang digunakan oleh pengkaji adalah soal selidik, temubual, dokumentasi dan pemerhatian. Persampelan kajian ini melibatkan seramai 348 responden yang dipilih daripada IPT Islam di Negara Brunei Darussalam. Data kajian diperolehi melalui soal selidik yang dianalisis menggunakan program Statistical Package for the Social Sciences (SPSS). Statistik deskriptif seperti frekuensi, peratusan, min, ujian t dan correlation coefficient digunakan bagi menerangkan latar belakang responden dan persepsi pelajar tentang kesan kurikulum pelajaran ugama terhadap pembangunan sahsiah pelajar. Instrumen kajian telah menunjukkan nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach bagi item soal selidik adalah tinggi (>0.9). Hasil dapatan kajian menunjukkan kesan kurikulum pelajaran ugama terhadap pembangunan sahsiah pelajar menunjukkan skor min pada tahap sederhana tinggi iaitu min=3.96, sisihan piawai=.577. Manakala kesan daripada aspek pemerhatian dalam pembangunan sahsiah pelajar (min=4.19); kesan daripada aspek mujahadah (perjuangan) dalam pembangunan sahsiah pelajar (min=4.07); kesan daripada aspek pergaulan dalam pembangunan sahsiah pelajar (min=3.96); kesan daripada aspek muhasabah (memperbaiki diri) dalam pembangunan sahsiah pelajar (min=3.83) dan kesan daripada aspek riyadah (latihan) dalam pembangunan sahsiah pelajar (min=3.76). Hasil dapatan ujian-t, menunjukkan terdapatnya perbezaan daripada kesan-kesan aspek pemerhatian, aspek mujahadah (perjuangan), aspek pergaulan, aspek muhasabah (memperbaiki diri) dan aspek riyadah (latihan) antara jantina. Dari aspek korelasi pula, terdapat hubungan antara kesan aspek mujahadah (perjuangan) dengan kesan aspek riyadah (latihan) terhadap pembangunan sahsiah pelajar yang tinggi (r=0.742). Hasil dapatan temubual dan pemerhatian mendapati sebahagian pelajar masih kurang mengamalkan sebahagian isi kandungan pelajaran ugama dengan baik seperti membaca al-Quran, mengerjakan solat diawal waktu, berkenalan dengan jiran dan sebagai dalam mendidik diri dan jiwa mereka ke arah sahsiah pelajar yang baik. Walau bagaimanapun, ada pelajar yang menghayati isi kandungan kurikulum pelajaran dengan baik sehingga menjadikan mereka insan yang berguna pada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Berdasarkan dapatan kajian, beberapa cadangan telah dikemukakan kepada guru selaku pelaksana kurikulum pelajaran ugama dan pelajar selaku penerima dan pengamal isi kandungan kurikulum. Seterusnya, kajian ini turut menyumbang kepada bidang ilmu kerana metodologinya berbentuk kuantitatif, berbeza dengan kebanyakan kajian sebelum ini yang dilakukan secara kualitatif serta menghasilkan satu instrumen soal selidik untuk kajian selanjutnya.
URI
https://e-ilami.unissa.edu.bn:8443/handle/20.500.14275/4864
Collections
  • MASTER (FIDM) [15]

2024   |   All rights reserved

e‐I'lami is managed by UNISSA Library and maintained by Elite Computer Systems Sdn. Bhd.

Universiti Islam Sultan Sharif Ali

Spg 347, Jalan Pasar Gadong BE 1310 Negara Brunei Darussalam

Office Call Number: +673 2462000 ext 603/604

library.unissa@unissa.bn


 

My Account

RegisterLogin

Browse

All of e-I'lamiCommunities & CollectionsBy Issue DateAuthorsTitlesSubjectsThis CollectionBy Issue DateAuthorsTitlesSubjects

My Account

LoginRegister

Statistics

View Usage Statistics

2024   |   All rights reserved

e‐I'lami is managed by UNISSA Library and maintained by Elite Computer Systems Sdn. Bhd.

Universiti Islam Sultan Sharif Ali

Spg 347, Jalan Pasar Gadong BE 1310 Negara Brunei Darussalam

Office Call Number: +673 2462000 ext 603/604

library.unissa@unissa.bn