Kaitan Zakat dan Penggubalan Wang Haram: Analisis Laporan Bank Dunia, dan Financial Action Task Force (FATF)
Date
2019-01-02Author
Hakimah Yaacob
Qaisar Ali
Deena Najiha binti Khairatul Akmar
Metadata
Show full item recordAbstract
Zakat   merupakan   kewajipan   setiap   Muslim sebagaimana yang dinyatakan didalam al-Quran dan Hadith Nabi  SAW.  Zakat  adalah bertujuan  untuk  menyucikan  dan menyuburkan harta.Walaubaimanapun, akhir ini menyaksikan pelbagai penyalahtafsiran dan penyalahgunaan terhadap maksud suci kutipan zakat.  Salah satu daripadanya adalah  penggubahan  wang  haram  (money  laundering)    dan penyalahgunaan wang zakat sebagaimana laporan dari IMF, Bank Dunia serta FATF. Tujuan kertas kerja ini adalah untuk menganalisa    laporan    kestabilan    kewangan    terhadap kedudukan     zakat     yang     dikatakan     berkait dengan penggubalan  wang  haram.  Kegagalan  untuk  melaksanakan urus tadbir yang betul akan mengakibatkan ketidak patuhan negara  pelapor.  Berdasarkan  kepada  kajian  literatur  dari Bank    Dunia,    kertas    kajian    ini    menerangkan    dan membincangkan  masalah  yang  bakal  mendatang,  disalah tafsir  dan  memudharatkan  sesebuah  negara  Islam  yang menjadikan  zakat  sebagai  salah  satu  sumber  pembangunan ummah.    Hasil    kajian    mendapati    laporan    kestabilan kewangan lebih cenderung untuk mengaitkan zakat dengan penggubalan  wang  haram.    Fokus  harus  diberikan  kepada membetulkan   salah   faham   badanantarabangsa   dalam pengurusan wang zakat yang lebih telus dan urus tadbir yang cekap.
Collections
- ARTICLE [149]

