| dc.description.abstract | Makalah   ini   menjelaskan   fungsi al-qiyāsdalam   tradisi mantik yang mana kepekaan al-Ghazālī dalam menghadapi isu al-ma‘rifahyang   dibawa  oleh  aliran  Shī‘ah  al-Ismā‘īlīyyah al-Bāṭinīyyah al-Ta‘līmīyyah telah menaiktaraf kedudukan al-qiyāssebagai mawāzīn   al-Qur’ān. Penaiktarafan  ini  dinukil  al-Ghazālī dalam kitab al-Qisṭās al-Mustaqīmdan    pengaplikasian mawāzīn  al-Qur’āntersebut  terhadap  isu  yang  telah  ditimbulkan  oleh  aliran Shī‘ah juga disebutkan. Menerusi makalah ini, penulis telah menghuraikan  kekuatan  hubungan mawāzīndengan  ayat-ayat al-Qur’ān,    bukan    sahaja    dari    segi    fleksibiliti penggunaan mawāzīnbahkan   autoriti mawāzīnsebagai neraca  berfikir  yang  diperakui  kesahihannya.  Huraian  ini berasaskan kepada metode kualitatif sepenuhnya memandangkan  kajian  adalah  berbentuk  analisis  teks  kitab al-Qisṭās al-Mustaqim. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa mantik al-Ghazālī adalah sumberyang meyakinkan dalam   mempertahankan   akidah   Ahl   al-Sunnah   wa   al-Jamā‘ah,  bukan  hanya  menjadi  penyokong  terhadap penghujahan  akal  semata-mata  akan  tetapi  menjadi  satu metode  penghujahan  yang  berasaskan  ayat-ayat al-Qur’ānyang disebut oleh al-Ghazālī sebagai mawāzīn al-ma‘rifah. | en_US |