BACHELOR (FAL)
أسماء الاستفهام في اللغة العربية واللغة الملايوية: دراسة تقابلية
Hazmi Bin Mat Yassin
Latihan ilmiah ini mengenai perbandingan bahasa antara Bahasa Arab dan Bahasa Melayu dalam penggunaan Ayat Tanya. Dan kajian ini, mendapati ada persamaan dan perbezaan di antara kedua-dua bahasa, bahkan ianya lebih cenderung kepada persamaan dalam menggunakan Ayat Tanya. Adanya perbezaan ini mengakibatkan kesukaran yang dihadapi oleh penuntut Brunei dan ini menyebabkan berlakunya kesalahan ketika mereka cuba membuat ayat berbentuk pertanyaan khususnya menggunakan Kata Tanya di dalam Bahasa Arab yang mana ayatnya didahului oleh Kata Kerja, berlainan dengan Kata Tanya di dalam Bahasa Melayu, yang mana ayatnya dimulai oleh subjek. Latihan ilmiah ini dimulai dengan muqaddimah, terkandung di dalamnya tajuk latihan ilmiah, pengenalan tajuk, pengenalan kajian berbentuk perbandingan, Bahasa Arab dan Bahasa Melayu, sebab pemilihan tajuk, tujuan latihan ilmiah dan langkah-langkahnya. Latihan ilmiah ini mengandungi empat bahagian. Pertama menerangkan tentang pengenalan Ayat Tanya dalam Bahasa Arab, pembahagiannya Ayat Tanya, ciri-ciri Ayat Tanya dan Ayat Tanya yang terkeluar dari makna sebenar. Bahagian kedua tentang Ayat Tanya dalam Bahasa Melayu, langkah-langkah menggunakan Kata Tanya, pembahagian Kata Tanyam dan ciri-ciri Ayat Tanya didalam Bahasa Melayu. Seterusnya bahagian ketiga menerangkan tentang persamaan dan perbezaan di antara dua bahasa tersebut. Dan bahagian keempat mambahasakan tentang kesukaran yang dihadapi oleh penuntut-penuntut Brunei. Dan yang terakhir kesimpulan latihan ilmiah serta nama-nama buku rujukan.
الأساليب البلاغية في سورة آل عمران
Azyyati bte Mohd Noh @ Isnor
Uslub Balaghiah dalam surah Ali Imran merupakan salah satu latihan Ilmiah yang mana penulis membincangkan semua perkara yang mencukup dan menyingkap uslub balaghah sama ada ilmu Bayan, Ma'anie dan Badi'e, yang terdapat  di dalam surah ini. Latihan Ilmiah ini mengandungi muqaddimah, 4 fasal serta kesimpulan. Di dalam muqaddimah penulis telah membincangkan sebab-sebab pemilihan tajuk, tujuan perbincangan dan isi kandungan latihan Ilmiah ini. Di dalam fasal pertama penulis telah pun membincangkan secara ringkas tentang uslub Bayan iaitu Tashbih, Majaz, Isti'arah dan Kinayah berserta takrif dan contoh-contohnya. Begitu juga dengan fasal kedua dan ketiga tentang uslub Tarkibiyah dan Badi'eyah secara ringkas dengan pengertian dan contoh-contohnya. Adapun fasal keempat, penulis telah membahaskan dan mengkaji tentang kedudukan uslub Balaghah di dalam ayat surah ini. Manakala di penghujung latihan Ilmiah ini, penulis telah secara ringkas hasil dari perkara-perkara yang telah dibahasakan. Di akhir perbincangan latihan Ilmiah ini, penulis ada menyertakan semua senarai buku-buku yang telah digunakan di dalam menghasilkan latihan Ilmiah ini.
خمسة حكايات شعبية بروناوية ترجمة ودراسة
Nor Azlina Bte Asmalee
Kajian Latihan Ilmiah ini bertajuk: "Lima Buah Cerita Rakyat Brunei. Terjemahan dan Kajian". Kajian ini terdiri daripada pendahuluan, empat fasal dan penutup. Fasal pertama meliputi tentang cerita rakyat dari segi definisi, sumber dan terjemahannya. Fasal kedua merangkumi tentang kajian seni cerita rakyat Brunei. manakala fasal ketiga pula tentang terjemahan cerita rakyat Brunei ke bahasa lain, dan juga ke bahasa Arab. Akhir sekali, Fasal keempat yang meliputi tentang terjemahan lima buah cerita rakyat Brunei ke dalam bahasa Arab. Kajian ini bertujuan untuk memperkenalkan kelima-lima buah cerita tersebut seterusnya diikuti dengan terjemahannya sekali. Pengkaji telah menghasilkan penemuan dalam latihan ilmiah ini sebagaimana yang terdapat di dalam penyenaraian frasa-frasa dan perkataan-perkataan yang digunakan di dalam teks-teks sumber dan terjemahan. Apa yang paling penting ialah terdapat banyaknya kalimah-kalimah Arab yang terkandung di dalam cerita rakyat Brunei.
تطور فن الخط العربي في آسيا: التركيز على الصين
Abdul Aji bin Haji Muslim
Adapun penulis telah membentangkan dalam bahas ini dengan empat bahagian perbincangan. Dalam bahagian tang pertama, penulis telah membincangkan tentang pengertian seni dan kefahaman dalam seni Islam. Kemudian dalam bahagian kedua penulis telah membincangkan tentang takrif seni khat Arab, tarikh bermulanya khat Arab dan perkembangan khat Arab. Kemudian dalam bahagian yang ketiga pula penulis telah mebincangkan tentang perkembangan khat Arab di Asia iaitu perkembangan khat Arab di Malaysia dan di Brunei Darussalam. Manakala di dalam bahagian yang terakhir penilis telah membincangkan tentang perkembangan seni khat Arab di China. Tujuan penulis membuat bahas ini adalah untuk memlihara Al-Quran dengan tulisan khat yang sempurna, ianya merupakan cara utama mengekalkan Al-quran sekaligus tilisan khat itu sendiri, secara tidak langsung adalah antara unsur-unsur penyebaran dakwah Islam juga. Tujuan utama penulis membuat bahas ini adalah untuk mengenal dan mengetahui perbezaan antara khat Arab dengan khat Arab di China. Juga untuk memperkenalkan keunikan tulisan khat Arab dan keunikan khat Arab China. Di akhir bahas ini penulis membuat beberapa rumusan serta memberikan beberapa cadangan mengenai bahas ini.